|
|
Majlis penyerahan kereta jenazah kepada Surau Al-Falah, Taman Cempaka |
|
| 16 Feb 2007 |
16/02/2007 ¨C Tuan Haji Ishak, Pengerusi Surau Al-Falah menguris senyuman lebar hari ini apabila YB Datuk Ong Tee Keat menyerahkan kunci kereta jenazah kepada beliau. Dalam ucapan beliau, Haji Ishak berterima kasih kepada Datuk Ong, Kapten Bala dan Anita dalam menjayakan usaha mendapatkan kereta jenazah ini.
Haji Ishak juga memberi penjelasan bahawa Surau Al-Falah merupakan salah sebuah surau yang terbesar dan dapat menampung hampir 1,500 orang. Surau yang hampir siap dibina itu memakan kos kira-kira RM1.5 juta di mana separuh kos tersebut adalah daripada sumbangan orang ramai dan badan-badan korporat. Haji Ishak turut menjemput orang ramai untuk menziarahi surau itu.
YB Datuk Ong berkata beliau berharap gejala sosial di kawasan Pandan boleh dikurangkan misalnya terdapat banyak kafe siber yang menjalankan perniagaan berunsur perjudian. Lalu, Datuk Ong lantas menyarankan supaya jawatankuasa masjid dan surau agar dapat berkerjasama bersama beliau demi membanteras gejala sosial yang berlaku. ¡°Tiada gunanya kalau jalan raya kita diturap dengan emas tetapi berlaku kerosakan akhlak di kalangan rakyatnya.¡± Datuk Ong menambah.
Kapten Bala turut memberikan penghargaan kepada usaha YB Datuk Ong memberi peruntukan untuk kereta jenazah tersebut. ¡°Tiada kejayaan jika tanpa pengorbanan,¡± beliau berkata.
Majlis pagi ini menjadi majlis muhibah dengan kehadiran ketua-ketua masyarakat pelbagai kaum termasuk Tuan Haji Hameed dari Taman Cheras Indah, En. Chin, En. Mohamad dan En. Thambirajah dari Taman Bukit Teratai, Tuan Haji Ibrahim dari Taman Muda, Puan Nik dan Puan Yati dari Pandan Jaya dan En. Thomas dari Taman Nirwana.
|
Majlis penyerahan kereta jenazah kepada Surau Al-Falah, Taman Cempaka
Majlis penyerahan kereta jenazah kepada jawatankuasa Surau Al-Falah menjadi satu majlis muhibah
![]()
![]()
Best Viewed with IE 5.01 & above - Resolution: 1024 x 768. All Rights Reserved.