Video Klip
 

Balai Raya Pusat Komuniti
Kg Pandan yang dibina semula

  8 Apr 2007

08/04/2007 - Satu lagi program pemimpin bersama telah dirasmikan oleh YB Datuk Ong Tee Keat di Pusat Komuniti Kg Pandan, berhadapan Masjlid Kg Pandan. Majlis jamuan bersama warga emas ini adalah anjuran bersama Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Pandan bersama Pusat Komuniti Kg Pandan. Majlis telah menyaksikan perasmian Balai Raya Pusat Komuniti Kg Pandan yang dibina semula. Majlis juga diceriakan lagi dengan penyerahan 85 biji Kompang Patani kepada Persatuan Kompang Patani Malaysia, cawangan Kg. Pandan. YB Datuk Ong juga menyeru agar semua pihak menghayati dan mengembangkan seni warisan yang tidak ternilai seperti kompang. 

Ramai sarjana sains politik mengakui bahawa politik Malaysia amat berkait rapat dengan keanekaragaman struktur masyarakatnya dan menyifatkannya sebagai satu contoh ˇ°masyarakat majmuk yang ekstremˇ±. Dalam hal ini, YB Datuk Ong sentiasa berusaha menanam sifat-sifat keharmonian antara kaum menerusi kesedaran, kesefahaman, akomodasi, hormat-menghormati dan mengukuhkan lagi hubungan kaum yang sedia ada. YB Datuk Ong ketika ucapannya menyatakan mandat yang diperolehinya merupakan mandat berbilang kaum dan oleh itu beliau tidak sesekali mengamalkan amalan diskriminasi kaum. Katanya lagi, adalah menjadi satu kewajaran bagi setiap ahli politik Malaysia unutk mengamalkan amalan murni tersebut. Menurut YB Datuk Ong lagi, tanpa mengira kaum, dalam dunia ini hanya terdapat dua jenis insan sahaja, iaitu insan baik dan insan jahat. 

Komposisi kaum di Malaysia adalah kunci untuk membentuk perlembagaan dan mempengaruhi proses demokrasi dan sistem parti politik. Konsep permuafakatan yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional banyak bergantung kepada konsep perundingan, tawar-menawar dan semangat penuh setiakawan. Perkongsian kuasa ini umpama sebuah blok konkrit yang kukuh di mana orang Cina diibaratkan pasir, India diibaratkan air dan Melayu diibaratkan simen. Apabila ianya digaul bersama ia akan membentuk sebuah blok konkrit yang terikat kukuh. 

Walaupun YB Datuk Ong bukan seorang muslim, tetapi beliau tetap beramal ketika bulan Ramadan dan tetap menjejakkan kakinya ke setiap kampung secara berperingkat. Pada sambutan tahun baru cina yang lepas, YB Datuk Ong juga telah menghadiahkan sebuah kereta jenazah kepada Surau Al-Farah.  Lebih daripada itu, pada hujung tahun 2005 dan sepanjang tahun 2006, sebanyak RM 250 000 telah dibelanjakan bagi tujuan penurapan dan membaik-pulih jalan raya di Kg Pandan masing-masing mengikut keperluan dan keadaan semasa. Begitu juga, peruntukan sebanyak RM10 000 dibelanjakan untuk menaik taraf kemudahan riadah.  

Selain itu, Pusat Komuniti Kg Pandan yang dibina semula ini bakal menikmati kemudahan refleksiologi demi kesihatan penduduk sekitar. Pusat Komuniti tersebut akan dimanfaatkan bukan saja oleh persatuan bekas parajurit tetapi juga oleh golongan belia seperti kelab-kelab sukan. Dalam majlis yang sama, YB Datuk Ong turut mengumumkan beberapa siri bantuan yang bakal dinikmati oleh penduduk Parlimen Pandan kelak. Salah satu daripadanya adalah pemberian topi keledar percuma kepada golongan belia sejajar dengan kempen keselamatan jalan raya. 

Sememangnya, pembangunan fizikal dan kemanusian adalah dua komponen terpenting yang dirancang oleh sesebuah kerajaan untuk kesejahteraan rakyatnya. Ianya dijadikan indikator yang dapat memaparkan kemampuan kerajaan dan wakil rakyatnya menjalankan program pembangunan dalam sesuatu masa. Bagi rakyat, pembangunan dapat mengurangkan masalah sosioekonomi seperti kemiskinan, penggangguran dan ketidaksamaan. YB Datuk Ong sentiasa berusaha dengan penuh ketelusan memastikan aktiviti pembangunan dapat dijalankan secara berterusan agar tidak tergendala. Beliau mengajak orang ramai untuk mengunjungi laman webnya iaitu www.ongteekeat.com supaya dapat memahami prinsip ketelusan yang diamalkan oleh beliau sepanjang masa.

Best Viewed with IE 5.01 & above - Resolution: 1024 x 768.   All Rights Reserved.