|
|
Bantahan penduduk atas pemancar haram |
|
| 27 Apr 2007 |
27/04/2007 -
YB Datuk Ong hari ini turun padang meninjau pemancar haram di Taman Maju Jaya yang terletak di bumbung sebuah rumah kedai. Penduduk di sekitar kawasan itu mengemukakan bantahan keras terhadap pemancar haram itu kerana terletak di lokasi yang tidak sesuai dan mendakwa bahawa stesen pemancar haram itu mengundang penyakit kepada penduduk di sekitarnya.YB Datuk Ong berkata, “Stesen pemancar haram ini terletak di hadapan rumah di tingkat atas rumah kedai. Lokasi ini tidak sesuai.”
Penduduk mendakwa kebelakangan ini mereka sentiasa sakit kepala dan mengesyaki bahawa pemancar haram itu memancarkan gelombang radio yang kuat. Para penduduk di situ sekaligus menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Ong, untuk membantah pembinaan stesen pemancar haram itu dan meminta agar stesen pemancar itu dipindahkan ke tempat lain yang lebih sesuai.
Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang juga Ketua Wanita MCA Bahagian Pandan, Saudari Cindy Leong berkata bahawa pembinaan stesen pemancar itu belum mendapat kebenaran MPAJ.
Turut hadir adalah Ketua MCA Bahagian Pandan, Saudara Eric Ong dan ketua masyarakat Taman Cheras Indah, Tuan Haji Hameed.
|
YB Datuk Ong meninjau pembinaan stesen pemancar haram |
|
|
|
![]()
![]()
Best Viewed with IE 5.01 & above - Resolution: 1024 x 768. All Rights Reserved.