Merasmikan Hari Sukan

SK Pandan Perdana

  28 Apr 2007

28/4/2007 – YB Datuk Ong Tee Keat sentiasa prihatin terhadap perkembangan sekolah-sekolah di kawasan beliau kerana sekolah adalah tempat yang mencorakkan masa depan kanak-kanak. Memandangkan kebanyakan gejala sosial dapat dibendung jika kanak-kanak dididik sejak kecil, maka Datuk Ong sentiasa mengorak langkah menyokong aktiviti-aktiviti sekolah. Bagi beliau, aktiviti-aktiviti sekolah yang membawa manfaat kepada kanak-kanak dapat membantu mewarnakan kehidupan mereka malah membantu mengisi masa lapang remaja ini dengan berfaedah.  

Justeru, hari ini YB Datuk Ong melapangkan masa untuk merasmikan Hari Sukan SK Pandan Perdana. Walaupun berbaju batik, beliau turut serta di padang dengan meniup wisel untuk memulakan acara tarik tali.

YB Datuk Ong sempat berbincang dengan pihak sekolah

Datuk Ong meniup wisel untuk memulakan acara tarik tali

Best Viewed with IE 5.01 & above - Resolution: 1024 x 768.   All Rights Reserved.