KSK on Wheels Menggemparkan

Bumi Pandan

  12 May 2007

12/05/2007 – KSK on Wheels yang dibawa khas dari Kementerian Belia dan Sukan tiba di bumi Pandan hari ini. Setelah bertungkus-lumus membuat persediaan dan persiapan untuk KSK on Wheels, para pegawai Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Pandan mahu memastikan acara ini merupakan acara terbaik di Pandan. 

Hampir 500 kanak-kanak dan orang dewasa berpusu-pusu menuju ke Padang Besar MPAJ yang menjanjikan pelbagai permainan menarik. Malah, penganjur KSK on Wheels menunjukkan ibu jarinya kepada pegawai-pegawai yang hadir menandakan kepuasan hatinya terhadap sambutan yang hangat. Maklumlah, antara beberapa kawasan Parlimen yang telah mengadakan KSK on Wheels, kawasan Pandan memperlihatkan sambutan yang paling hangat.

Pelbagai permainan disediakan, antaranya bola jaring, bola sepak, congkak, karom dan banyak lagi.

Pegawai-pegawai Pusat Khidmat Rakyat mengedarkan roti dan air kepada semua yang hadir     

Pelbagai permainan menarik disediakan untuk warga Pandan

Best Viewed with IE 5.01 & above - Resolution: 1024 x 768.   All Rights Reserved.